December to remember... dah separuh bulan pada akhir tahun ni kita tempuh. bagi kami di Grand Optic masih lagi berusaha keras untuk menyiapkan album2 para customer. Dengan izin tuhan pasti album2 anda dapat disiapkan on time. dont worry. hehehe. kadang kala kita nak cepat bila nak lihat hasil photography dari photographer masing-masing. masalah cepat atau lambat sebenarnya bergantung pada tahap kesukaran album anda untuk disiapkan. ada album yang kita boleh siap cepat dan ada album yang mmg lambat untuk disapkan. album2 yang lambat nak siap ni biasalah, seperti mana yang anda semua tahu " custom album". nama pun dah Custom. jadi tak hairan lah kalau kami sebagai photographer mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan album. banyak proses-proses dalam menyiapkan custom album. setiap event wedding ada cerita mereka sendiri,cara susunan dan gambar2 adalah berlainan.
sebelum mula proses menyiapkan custom album ini kami perlu memilih gambar2 yang terbaik dan sesuai dengan rekabentuk layout album dan saiz album anda. bila dah pilih gambar, barulah mula kerja2 editing, dah selesai editing kami akan buat penyusunan pula. biasanya custom album yang kami susunkan adalah mengikut story pada hari wedding berkenaan. cara kami cerita di sini mungkin kelihatan senang dan simple, tapi jika anda nak tahu kami terpaksa memilih hanya beberapa gambar dari 1000 hingga 2000 keping shot yang telah di ambil. satu kerja yang kadang kala perlu mengambil masa dalam 2 hari. gambar2 ini telah kami pilih berdasarkan nilai2 photography dan value nya dalam design. proses ini kadang kala mengambil masa lama kerana daripada gambar terbaik tadi kami akan memilih design terbaik pula. fuh.. untuk pengetahuan anda memang detail sebenarnya kerja2 ni. walaubagaimanapun kami tetap komited terhadap kerja ini.bila sesebuah album itu siap, saat itulah kami pun turut gembira seperti anda. tak lengkap sesebuah kerja photo tanpa printing item.. dengan pengalaman yang kami ada, kami berusaha yang terbaik untuk anda... salam dari kami Grand Optic Photography
No comments:
Post a Comment