Tuesday, December 29, 2009

Saturday, December 26, 2009

kreativiti...


kali ni Grand Optic Photography  begerak jauh dari Base Shah Alam ke dalam satu kawasan percutian yang saya rasa-rasa banyak orang pernah pergi. Tempat ni jauh ke dalam kawasan hutan, jauh dari kesibukan kota. Janda Baik... Nama ni sering kali jadi tarikan dan usikan oleh mereka2 yang pernah datang atau dengar nama ni. hahaha something funny and mudah untuk kita ingat nama tempat ni. kali ini kami snap gambar untuk PPWKM (Persatuan Pembangunan Wanita & Keluarga Malaysia), event ni berlangsung selama 3 hari, start from 24th december 09 until the 26th. dalam event ni pesertanya adalah daripada kakitangan-kakitangan FELDA. tujuan mereka ke sini untuk belajar cara2 membuat hamper dan hadiah-hadiah. lebih kepada kerja-kerja art & decorative work. so far sepanjang event ni berlangsung banyak view2 menarik dan creative works yang cantik dapat kami rakamkan. the event was verry colourful and the enviroment realy nice. depan tempat kursus ni ada sungai yang mengalir, airnya jernih and at morning its realy2 harmony + sejuk sangat, tapi banyak juga mereka2 yang tak sabar & tak tahan dengan godaan untuk mandi sungai. this place is peaceful and sesuai untuk kita releks2 kan mind. task kali ini lebih kepada taking picture of the event & products yang mereka hasilkan. mereka semua ni friendly ,so nice having time with them. Lots of beautiful works, paling seronok dapat lihat progress para peserta. ada yang pada hari pertama datang tak kenal alat + tak ada basic doing this work, but after taking some advice and experimental works together semua dapat hasilkan works yang superb. even kami pun dapat belajar something new. sambil ambil2 gambar sambil blajar juga. hahaha maybe tak sesuai kalau kami yang buat bunga and decorative stuff but kami dah jalankan tugas sehabis baik untuk pastikan memori mereka semua dapat dirakam secara creative dan memorable sepanjang kursus dekorasi ini dijalankan. enjoy the picture. salam dari kami Grand Optic Photography.

Saturday, December 12, 2009

december to remember...


December to remember... dah separuh bulan pada akhir tahun ni kita tempuh. bagi kami di Grand Optic masih lagi berusaha keras untuk menyiapkan album2 para customer. Dengan izin tuhan pasti album2 anda dapat disiapkan on time. dont worry. hehehe. kadang kala kita nak cepat bila nak lihat hasil photography dari photographer masing-masing. masalah cepat atau lambat sebenarnya bergantung pada tahap kesukaran album anda untuk disiapkan. ada album yang kita boleh siap cepat dan ada album yang mmg lambat untuk disapkan. album2 yang lambat nak siap ni biasalah, seperti mana  yang anda semua tahu " custom album". nama pun dah Custom. jadi tak hairan lah kalau kami sebagai photographer mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan album. banyak proses-proses dalam menyiapkan custom album. setiap event wedding ada cerita mereka sendiri,cara susunan dan gambar2 adalah berlainan.
sebelum mula proses menyiapkan custom album ini kami perlu memilih gambar2 yang terbaik dan sesuai dengan rekabentuk layout album dan saiz album anda. bila dah pilih gambar, barulah mula kerja2 editing, dah selesai editing kami akan buat penyusunan pula. biasanya custom album yang kami susunkan adalah  mengikut story pada hari wedding berkenaan. cara kami cerita di sini mungkin kelihatan senang dan simple, tapi jika anda nak tahu kami terpaksa memilih hanya beberapa gambar dari 1000 hingga 2000 keping shot yang telah di ambil. satu kerja yang kadang kala perlu mengambil masa dalam 2 hari. gambar2 ini telah kami pilih berdasarkan nilai2 photography dan value nya dalam design. proses ini kadang kala  mengambil masa lama kerana daripada gambar terbaik tadi kami akan memilih design terbaik pula. fuh.. untuk pengetahuan anda memang detail sebenarnya kerja2 ni. walaubagaimanapun kami tetap komited terhadap kerja ini.bila sesebuah album itu siap, saat itulah kami pun turut gembira seperti anda. tak lengkap sesebuah kerja photo tanpa printing item.. dengan pengalaman yang kami ada, kami berusaha yang terbaik untuk anda... salam dari kami Grand Optic Photography

Wednesday, December 2, 2009

Sunday, November 22, 2009

Monday, November 16, 2009

Saturday, November 14, 2009

photographer BOOKING !!




Sebarang tempahan melalui sms kami akan follow-UP dengan email Quotation Pakage2 yg kami sediakan ke akaun email anda. Harap maklum untuk sertakan alamat email apabila sms untuk tempahan. terima kasih. grand OptiC Photography...

Friday, November 13, 2009

two BETTER than ONE


sesetengah event photography ada yang melibatkan double wedding serentak. biasanya akan timbul masalah bila berlaku pekara sebegini untuk seorang photographer. masalah yang biasa timbul termasuklah jumlah gambar yang di ambil dan fokus photographer terhadap wedding couple tersebut. jika hanya seorang sahaja photographer yang anda hired(tempah) maka bersedialah untuk mendapat hasil gambar yang alakadar. seorang photographer mana mungkin mampu untuk menjaga moment dan direction shot untuk dua couple serentak, salah seorang daripada couple ini munkin akan miss moment2 tertentu. jadi bila dapat gambar nanti  barulah anda faham mengapa kami biasanya datang lebih daripada seorang photographer.
kami di grand optic photography menyediakan cukup photographer untuk setiap event yang kami ambil. jadi tidak timbul masalah untuk handle event2 seperti double wedding dan sebagainya. 

dua orang photographer bermakna anda akan dapat kreativiti daripada 2 orang yang berbeza. sudut yang berbeza dan emotion yang berbeza dalam setiap gambar2 anda. satu orang photographer untuk handle event macam ni bermakna, photographer tersebut kene split idea dan segala kehebatanya pada 2 bahagian. jadi anda mungkin hanya akan dapat separuh daripada kreativiti seorang photographer tersebut. buatlah pilihan yang mana anda mahu.. dua photographer yang boleh fokus pada setiap daripada anda ... ataupun seorang photographer yang harus membahagi kan jiwa raganya kepada 2 bahagian bagi memberikan anda khidmat yg sama rata...fikir2kanlah... salam (grand optic photography

Thursday, November 12, 2009

hubungi kami..!!


SELAMAT DATANG 2010 !!!



biasanya kalau dah akhir-akhir tahun ni memang ramai yang sibuk bersiap untuk menjayakan majlis masing-masing. tapi dalam kesibukan ini jugalah kita kena berhati-hati. masa ni lah habis semua butik-butik pengantin, kedai barangan hantaran, mak andam - mak andam, kedai kek, kedai bunga, kedai kain dan macam2 kedai lagilah kene serbu.ada kedai yang turunkan harga ada kedai yang naikan harga... macam-macam kerenah boleh kita lihat. hahaha.. tapi tak terelak juga dari berlaku pekara-pekara seperti tempahan kad kahwin salah taip, design tak sama macam di tempah dan pelbagai lagi. kesemua ini adalah takdir tuhan, ada hikmah disebalik terjadinya sesuatu itu. janganlah kita cepat melenting dan marah terhadap kesilapan-kesilapan yang di buat oleh para pembekal, pekedai dan sebagainya. mereka juga turut sama berusaha untuk menjayakan majlis anda. tanpa mereka mungkin anda tidak dapat untuk mendapatkan apa yang anda hajati. kesilapan kadang kala berlaku, berilah ruang untuk berbincang dan pastinya ada cara penyelesaian. mungkin anda akan dapat potongan harga , barangan percuma dan mungkin juga anda dapat jimatkan kos. terpulang pada penilaian masing-masing.


berkenaan pekara yang sama seperti kami ceritakan tadi, orang turun harga naik harga dan sebagainya kami pun tak terkecuali untuk memeriahkan senario hujung tahun ini. bagi pelanggan-pelanggan semua kami membuka booking untuk tahun 2010 mulai bulan ini. masih ada lagi 5 kekosongan dari 10 slot yang kami buka. harga diturunkan untuk pakage RM1350 kepada RM1050 sahaja. jimat? YA kualiti ? tetap sama dan terpelihara. hahaha semoga anda dapat kesenagan dan lebih mudah berurusan dengan kami. salam dari kami (grand optic photography)...

apakah pilihan anda....


kadang kala bila dah ambil gambar mungkin kadang2 kita terfikir " kenapalah aku tak ambil gambar masa ... tengah ... dan..macam2 lagilah dot dot dot hahaha". semua ini boleh dielakan jika ... anda mengupah jurugambar yang betul2 kerjanya mengambil gambar. ada bezanya antara mereka yang mempunyai kamera dan mereka yang mengambil gambar. jika kita ikutkan setakat kamera pada zaman sekarang ni memang lah berlambak2 di pasaran. ada yang murah ada yang mahal. tapi... persoalannya.. "adakah kamera yang mahal atau yang murah tersebut punca kita dapat mengambil gambar yang betul pada masa yang betul?" jawapanya tidak sama sekali. semua mereka yang menggelar diri mereka jurugambar mungkin dah ambil gambar paling kurang  setahun untuk betul2 dapat moment dan direction shot. itu pun dalam setahun tengok juga berapa kali dia ambil gambar, kalau setahun 2 kali serupa saja macam tak ada pengalaman. hahaha. tapi pengalaman boleh dicari, dekat sini bukan kami nak menerangkan bahawa orang lain tak boleh ambil gambar dan kami sahaja yang boleh ambil gambar. agendanya adalah kami cube memberi option kepada para pelanggan (anda)

samada memilih jurugambar yang betul2 jurugambar ataupun mereka yang menggelarkan diri mereka jurugambar disebabkan ada kamera. hasil nya amatlah berbeza dan percayalah setiap wang ringgit yang anda laburkan untuk mengupah jurugambar pada majlis anda berbaloi mengikut pilihan jurugambar anda. jadi pilih lah dengan betul... "yang mana satu...." jika anda pilih kami alhamdulillah.. dan kami akan berikan anda result setimpal dengan apa yang anda laburkan kepada kami. salam dari kami (grand optic photography)

Wednesday, November 11, 2009

No matter who you are, we will do our best ..



tidak kira siapa anda.... atau pakage mana sekalipun yang anda ambil kami akan berikan yang terbaik daripada kami untuk anda. Setiap daripada kita mahukan yang terbaik dalam menjayakan majlis-majlis yang amat kita hargai. Sudah menjadi tanggung jawab kami untuk melakukan yang terbaik apabila anda memberi kepercayaan kepada kami untuk merakam detik2 bersejarah dalam hidup anda.


tahun 2009 sudah hampir menutup tirai, di saat akhir ni lah ada diantara kita yang termis hired wedding photographer. tak cukup dengan itu suasana cuaca yang sudah hampir dengan musim tengkujuh ni memeningkan lagi kepala wedding2 couple kat malaysia ni. kami sebagai photographer tak kira hujan , tak kira panas kami akan cuba sampai dan jalankan tugas kami untuk anda seperti biasa.


kepercayaan anda pada kami adalah kebanggaan kami dalam bidang ni.. selamat pengantin baru kepada mereka2 yang kawin pada hujung tahun ini... salam...

tempahan contact number


About Me

My photo
grand optic photography telah 3 tahun dalam bidang fotografi dan rekabentuk grafik. hasil kerja kami merangkumi kerja-kerja fotografi sehinggalah rekabentuk grafik dan percetakan. hasil produk2 kami sentiasa di pantau dan dipastikan supaya memenuhi standard untuk setiap tugasan yang diberikan. kami mempunyai passion yg tinggi dalam bidang fotografi dan hasil kerja kami boleh dilihat menerusi artwork2(gambar2) yg dipaparkan dalam blog ini. setiap tugasan yang diberikan merupakan keutamaan yang akan kami penuhi dengan sebaiknnya. semoga anda berpuas hati dengan santapan visual dari kami (Grand Optic Photography) salam...

Followers